Hari Mencuci Tangan Sedunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hari Mencuci Tangan Sedunia (Global Handwashing Day) merupakan sebuah kempen untuk menggalakkan dan menggerakkan masyarakat sedunia untuk menanam amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun pada masa-masa tertentu setiap hari. Hari ini terletak pada 15 Oktober setiap tahun. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap amalan mencuci tangan dengan sabun sebagai cara untuk menggelakkan jangkitan penyakit

Latar belakang

Global Handwashing Day 2008 celebrations with celebrities at City Central School (Cagayan de Oro) (3171506141).jpg

Kempen ini dimulakan untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak yang disebabkan oleh penyakit pernafasan dan cirit-birit dengan melakukan perubahan tingkah laku yang senang, seperti bermulanya amalan mencuci tangan dengan sabun. Menurut kajian, amalan yang senang dan mudah dilakukan ini mampu mengurangkan kadar kematian kanak-kanak yang disebabkan oleh penyakit pernafasan sebanyak 25 peratus manakala penyakit cirit-birit sebanyak 50 peratus

Kepentingan Mencuci Tangan

Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan murah untuk mengelakkan jangkitan cirit-birit dan “jangkitan pernafasan akut (ARI)”. “Pneumonia”, salah satu ARI major, merupakan penyakit yang menyebabkan kematian dalam kalangan kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah, dan telah mengambil kira-kira 1.8 juta nyawa kanak-kanak pada setiap tahun. Cirit-birit dan “pneumonia” telah menyebabkan kematian kanak-kanak sebanyak 3.5 juta setiap tahun. Amalan mencuci tangan dengan sabun dijangka dapat mengurangkan penjangkitan kepada penyaki cirit-birit sebanyak 30% dan penyakit pernafasan sebanyak 21% dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

Adalah penting untuk menjadikan amalan mencuci tangan sebagai satu tabiat. Menurut kepada laman web rasmi GHD, menjadikan aktiviti mencuci tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas menggunakan tandas sebagai satu cara yang efektif dan penting dilakukan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa berbanding dengan penggunakan vaksin ataupun bantuan perubatan yang lain, dapat menggurangkan kematian yang disebabkan cirit-birit sebanyak separuh dan kematian yang disebabkan oleh ARI sebanyak 25%. Perbuatan mencuci tangan biasanya berkait rapat dengan program lain seperti program “air, sanitasi dan kebersihan" (water, sanitation and hygiene, WASH).

GHD bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran terhadap amalan mencuci tangan dengan sabun, GHD juga dapat menyeronokkan kanak-kanak yang terlibat.[1]

Walaupun mencuci tangan dengan sabun merupakan amalan yang senang dilakukan, tetapi amalan ini kurang dipraktikkan secara sempurna di seluruh dunia disebabkan dengan kekurangan sumber dan juga tidak menjadikan amalan ini sebagai tabiat biasa.

Pengaruh rakan sebaya amat penting dalam meningkatkan amalan mencuci tangan dalam kalangan pelajar. Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Kenya, didapati pelajar akan lebih sanggup mencuci tangan mereka apabila pelajar lain berbuat demikian. Walau bagaimanapun, amalan mencuci tangan dengan pengaruh rakan sebaya hanya berjaya mencapai maltamatnya sekiranya pelajar-pelajar menganggap amalan ini sebagai satu tingkah laku yang wajar dilakukan.

Tujuan

Hari Mencuci Tangan Sedunia adalah bertujuan untuk:

  • Menggalakkan dan menyokong budaya membasuh tangan dengan sabun dalam semua masyarakat
  • Menekankan kepentingan tabiat mencuci tangan di setiap negara
  • Meningkatkan kesedaran tentang kebaikan mencuci tangan dengan sabun

Pelaksanaan dan pengurusan

Global Public-Private Partnership for Handwashing with Soap” (PPPHW) telah mengisytiharkan Hari Mencuci Tangan Sedunia sebagai satu langkah untuk menjayakan wawasan mencuci tangan dengan sabun di negera-negara dan juga di seluruh dunia pada 2008.

Ahli jawatankuasa PPPHW termasuklah “Colgate-Palmolive”; “FHI 360”; “The London School of Hygiene and Tropical Medicine”; “Procter & Gamble”; UNICEF; “Unilever”; “University at Buffalo”; USAID; “Water and Sanitation Programme” di“World Bank”; dan “Water Supply and Sanitation Collaborative Council”.[2]

Penyelidikan berkaitan tabiat dan pengamalan mencuci tangan diteruskan dalam perlaksannan GHD. Pada 2011, “Svenska Cellulosa Aktiebolaget”(SCA), telah menaja satu kajian untuk menilai amalan mencuci tangan dalam kalangan orang dewasa Amerika dan Kanada, kajian ini telah mendapati bahawa kebanyakkan daripada mereka tidak menggunakan sabun untuk mencuci tangan.

Aktiviti dan meraikan

Pada setiap tahun, lebih daripada 200 juta orang meraikan Hari Mancuci Tangan Sedunia (GHD) ini.

Contoh

  • Pada 15 Oktober 2014, Madhya Pradesh (satu negeri di India) menang Guiness World Record (satu buku rujukan yang menyenaraikan rekod-rekod pencapaian manusia di dunia) kerana mengadakan program membasuh tangan yang paling besar. Seramai 1,276,425 kanak-kanak dari 51 daerah yang berbeza menyertai program ini.
  • Kadang-kadang, komuniti memilih menyambut Hari Membasuh Tangan Global (GHD) ini pada hari yang lain. Di Ethiopia, seramai 300 menyambut GHD ini di Addis Ababa (capital dan bandar yang terbesar di Ethiopia) pada 1 November 2013.
  • Pada 15 Oktorber 2015, Lupok Central Elementary School, Guiuan Eastern Samar, Filipina meraikan GHD dengan membasuh tangan mengikut cara yang betul sebelum kelas bermula.

Sejarah

Hari Memcuci Tangan Sedunia (GHD) ini dimulakan oleh Public Private Partnership for Handwashing (PPPHW) pada Ogos 2008 sempena World Water Week (merupakan satu persidangan global tentang air yang diadakan pada setiap tahun) di Stockholm,Sweden. Ini bermaksud GHD yang pertama diadakan pada 15 Oktober 2008. Tarikh ini dipilih oleh Perhimpunan Agung PBB. Tahun 2008 ini juga merupakan Tahun Sanitasi Antarabangsa.

Tema

  • Hari Membasuh Tangan Global (GHW) pada 2008 berfokus kepada kanak-kanak yang bersekolah. Pada tahun itu, ahli-ahli berjanji akan mencapai maksimum bilangan pelajar yang membasuh tangan dengan sabun di lebih daripada 70 negara. Pada tahun 2008, Sachin Tendulkar (pemain kriket di India) dan ahli kumpulannya mengumpulkan seramai 100 juta kanak-kanak yang bersekolah dari negera India dalam program GHW untuk menyeru kehidupan yang sihat dan bersih pada hari GHW pertama
  • Pada 2014, GHW merupakan satu strategi untuk menentang Ebola. Sebagai contoh, di Nigeria, Concern Universal dan Carex menaja acara penampilan penyanyi Sunny Neji.

Organisasi Pengasas

Organisasi Pengasas pada tahun 2008 termasuk: FHI 1360 (satu organisasi tanpa keuntungan untuk pembangunan manusia), Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Procter & Gamble, UNICEF, Unilever, Program Sanitasi & Bank Air Dunia dan Agensi Amerika Syarikat bagi Pembangunan Antarabangsa.

Rujukan

  1. ^ Sawyer, Kem Knapp (10 October 2011).
  2. ^ http://globalhandwashing.org/about-us/who-we-are/