Jaimini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jaimini ialah seorang sarjana India purba dan pengasas fahaman Mimamsa dalam falsafah Hindu. Jaimini juga dikatakan sebagai penulis teks Mīmāmsāsūtra.[1] Beliau dipercayai hidup sekitar kurun ke-4 S.M. Fahaman Mimamsa menekankan bahagian ritual dalam Veda sebagai suatu aspek penting Dharma.[2]

Guru Jaimini ialah Badarayana[3], pengasas suatu falsafah Hindu yang dikenali sebagai Vedanta. Vedanta menekankan bahagian Jnana atau Ilmu dalam Veda. Kedua-dua Badarayana dan Jaimini merujuk dan membuat perbandingan antara kedua-dua teori mereka, di mana Badarayana menekankan ilmu (Jnana Kanda) sementara Jaimini pula menekankan ritual (Karma Kanda).

Sumbangan Jaimini kepada proses analisasi teks-teks suci telah mempengaruhi fahaman falsafah India yang lain. Ulasan-ulasan atas teks Jaimini yang paling popular ialah ulasan-ulasan oleh Śabara, Kumārila Bhaṭṭa, dan Prabhākara.

Sumbangan

Jaimini lebih dikenali kerana karyanya, Purva Mīmāmsāsūtra, yang juga dikenali sebagai Karma-mimamsa ("Ilmu Ritual"). Karya ini mengkaji ritual-ritual dalam Veda. Purva Mīmāmsāsūtra menjadi asas kepada salah satu daripada enam fahaman atau Darsana dalam falsafah India purba yang dikenali sebagai Purva Mimamsa.

Karya Purva Mīmāmsāsūtra dianggarkan sebagai suatu karya yang dihasilkan pada kurun ke-4 S.M. Kitab ini mengandungi 2500 sutra yang dibahagikan kepada dua belas bab dan 60 sub-seksyen.

Teks Mīmāmsāsūtra cuba untuk mematahkan gerakan falsafah Vedanta yang menekankan Ilmu-Diri (Atman) dalam Veda.

Ulasan atau Bhāṣya terpenting untuk Mīmāmsāsūtra ialah ulasan oleh Śabara Svāmin (57 S.M. atau 200 M). Bhāṣya Śabara mempunyai dua interpretasi. Ulsan pertama ialah Bṛhatī oleh Prabhākara (650 Masihi) yang masih berada dalam bentuk manuskrip. Ulasan kedua ditulis oleh Kumārila Bhaṭṭa (700 M) dalam tiga bahagian iaitu Ślokavārttika, Tantravārttika dan Ṭupṭīkā.

Rujukan Lain

Samaveda

Rishi Veda Vyasa membahagikan Veda kepada empat bahagian dan mengajarnya kepada empat pengikutnya, iaitu Paila, Vaisampayana, Jaimini, dan Sumantu. Rishi Jaimini menerima bahagian Sama Veda.

"Dia membahagikan Veda kepada empat, iaitu Rig, Yajur, Sama, dan Atharva. Sejarah dan Purana dikenali sebagai Veda kelima." - Brahmanda Purana 1.4.21

Markandeya Purana

Salah satu Purana utama ialah Markandeya Purana. Purana ini bermula dengan dialog antara Rishi Jaimini and Rishi Markandeya.

Nota Kaki

  1. ^ Radhakrishna, Sarvepalli (1960). Brahma Sutra, The Philosophy of Spiritual Life. p. 22 with footnote 3 and 4.
  2. ^ P. Bilimoria (2001), Hindu doubts about God: Towards Mimamsa Deconstruction, in Philosophy of Religion: Indian Philosophy (Editor: Roy Perrett), Volume 4, Routledge, ISBN 978-0-8153-3611-2, pages 87-106
  3. ^ Radhakrishna, Sarvepalli (1960). Brahma Sutra, The Philosophy of Spiritual Life. p. 22 with footnote 3 and 4.