Jerman Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Republik Persekutuan Jerman

[Bundesrepublik Deutschland] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
1949–1990
Flag of Jerman
{{{coat_alt}}}
Flag Coat of arms
Cogan kata: [Einigkeit und Recht und Freiheit] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
(Bahasa Jerman untuk "Perpaduan dan Keadilan dan Kebebasan")
Lagu kebangsaan: Das Lied der Deutschen
Location of Jerman
Ibu kotaBonn
Bandar terbesarHamburg
Bahasa lazimBahasa Jerman
PemerintahanRepublik persekutuan
• 1949–1959
Theodor Heuss
• 1959–1969
Heinrich Lübke
• 1969–1974
Gustav Heinemann
• 1974–1979
Walter Scheel
• 1979–1984
Karl Carstens
• 1984–1994
Richard von Weizsäcker
Canselor 
• 1949–1963
Konrad Adenauer
• 1963–1966
Ludwig Erhard
• 1966–1969
Kurt Georg Kiesinger
• 1969–1974
Willy Brandt
• 1974–1982
Helmut Schmidt
• 1982–1998
Helmut Kohl
Era sejarahPerang Dingin
23 Mei 1949
1990
Populasi
• 1990
63254000 [perlu rujukan]
MatawangMark Jerman (DEM)
Zon masaUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan49
Internet TLD.de
Didahului oleh
Diganti oleh
Zon Pendudukan Perikatan di Jerman
Jerman

Jerman Barat (dalam Bahasa Jerman Westdeutschland) merupakan nama biasa untuk Republik Persekutuan Jerman (dalam Bahasa Jerman Bundesrepublik Deutschland), sejak penubuhannya pada 24 Mei 1949 hingga 2 Oktober 1990, sebelum lima buah negeri bekas Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) bergabung dengannya sejak 3 Oktober 1990. Selepas itu, Republik Persekutuan Jerman, yang kini dianggotai oleh kesemua 16 negeri, hanya dipanggil Jerman.

Jerman Barat dan Berlin Barat (hijau), selepas penyertaan Saarland pada tahun 1957, selepas penyertaan 5 buah negeri bekas Jerman Timur dan Berlin Timur pada tahun 1990

Pada tahun 1957, Saarland menyertai Jerman Barat. Jerman Barat, yang merupakan sebahagian daripada negara Bangsa Jerman kekal sama selepas proses Penyatuan semula Jerman, selain daripada keluasan dan bilangan penduduk menambah kira-kira 25%. Selepas penggabungan ini, Jerman meneruskan dasar-dasar pembangunan awalnya, mengekalkan keahliannya dalam pertubuhan antarabangsa termasuk pakatan Barat seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjajian Atlantik Utara (NATO). Semasa zaman Perang Dingin, selepas tiga buah negeri Jerman yang berlainan didirikan di Zon Pendudukan Perikatan, Republik Persekutuan yang merupakan satu-satunya negeri Jerman yang merdeka dan demokratik menuntut mandat eksklusif terhadap seluruh Jerman, serta menganggapnya sebagai Reich Jerman baru yang diaturkan semula secara demokratik. Hal ini bermaksud, Jerman Barat mahu memikul tanggungjawab bagi kesan-kesan peperangan, dan juga mengekalkan tradisi seperti kod lesen kereta antarabangsa D yang khusus untuk Jerman yang diperkenalkan pada tahun 1910.

Asas kedudukan berpengaruh Jerman pada hari ini dibentuk sewaktu zaman Wirtschaftswunder atau Keajaiban Ekonomi sekitar 1950-an ketika Jerman Barat bangkit daripada kemusnahan teruk akibat Perang Dunia Kedua menjadi ekonomi keempat erbesar di dunia. Canselor pertamanya ialah Konrad Adenauer yang menerajui kerajaan sehingga 1963, bukan sahaja memilih kampung halamannya Bonn sebagai ibu negara sementara (sebab itulah zaman itu dikenali sebagai Bonner Republik - Republik Bonn.[1])bahkan mengukuhkan hubungan dengan Kuasa-kuasa Barat yang lain. Beliau bukan sahaja berjaya mendapatkan keahlian di dalam NATO, bahkan mengasaskan kerjasama yang kini berkembang menjadi EU. Menjelang penubuhan Kumpulan Enam (G6), keahlian Jerman di dalamnya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Sejarah


Catatan

Pautan luar

Didahului oleh
Zon Pendudukan Perikatan di Jerman
Republik Persekutuan Jerman
1949–1956 10 negeri
1957–1990 11 negeri

Wujud pada masa yang sama dengan:

Saarland (wilayah perlindungan)
1949–1956


Wujud pada masa yang sama dengan:

Republik Demokratik Jerman
1949–1990

Diikuti oleh:
Republik Persekutuan Jerman
16 negeri sejak 1990