Wikipedia:Gambar pilihan/2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tarikh
11
Disember 2018
(Selasa)
Minggu: 50

Arkib gambar pilihan mengikut tahun

2006  • 2007  • 2008  • 2009 (Bulanan  • Mingguan)  • 2010  • 2011  • 2012  • 2013  • 2014  • 2015  • 20162017  • 2018
Pilihan tahun ini  • Pencalonan  • Singkir cache

Ruangan Gambar pilihan di Laman Utama memaparkan gambar-gambar dengan leraian terbaik yang boleh didapati dan difikirkan menarik untuk dikongsikan bersama. Gambar-gambar ini akan ditukar setiap minggu dan dipilih daripada:

  • Sains dan teknologi
  • Alam sekitar
  • Bangunan dan seni bina
  • Masyarakat dan budaya

Minggu 1 2018

Gambar pilihan mingguan
Kumbang harimau Kumbang harimau adalah kumpulan besar kumbang yang dikenali kerana tabiat pemangsa mereka yang agresif dan kelajuan bergerak. Spesies kumbang harimau yang paling cepat boleh bergerak pada kelajuan 9 km/j (5.6 bsj), atau kira-kira 125 panjang badan sesaat. Pada tahun 2005, kira-kira 2,600 spesies dan subspesies diketahui, dengan kepelbagaian terkaya di alam Indomalayan, diikuti oleh Neotropik.

Gambar: Muhammad Mahdi Karim
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 2 2018

Gambar pilihan mingguan
Kumbang harimau Kumbang harimau adalah kumpulan besar kumbang yang dikenali kerana tabiat pemangsa mereka yang agresif dan kelajuan bergerak. Spesies kumbang harimau yang paling cepat boleh bergerak pada kelajuan 9 km/j (5.6 bsj), atau kira-kira 125 panjang badan sesaat. Pada tahun 2005, kira-kira 2,600 spesies dan subspesies diketahui, dengan kepelbagaian terkaya di alam Indomalayan, diikuti oleh Neotropik.

Gambar: Muhammad Mahdi Karim
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 3 2018

Gambar pilihan mingguan
Lukisan minyak atas kanvas Mehmet IV Mehmed IV atau Muhammad IV ialah sultan bagi Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1648 sehingga 1687. Menaiki takhta kerajaan sejak berusia enam tahun, baginda merupakan sultan kedua paling lama memerintah dalam sejarah Uthmaniyyah.

Crisco 1492
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 4 2018

Gambar pilihan mingguan
Skor vokal La traviata Kulit vokal c. 1855 untuk La traviata (Bahasa Melayu: "Wanita yang Gugur"), satu opera tiga babak oleh Giuseppe Verdi, ditetapkan dalam libreto bahasa Itali oleh Francesco Maria Piave. Cerita opera ini diambil berdasarkan novel La dame aux Camélias oleh Alexandre Dumas yang diterbitkan pada 1848.

Dimuat naik: Adam Cuerden
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 5 2018

Gambar pilihan mingguan
Dewan perbahasan Parlimen Scotland Parlimen Scotland ialah badan perundangan satu dewan bagi negara Scotland dan bangunannya terletak di kawasan Holyrood, Edinburgh. Parlimen ini terdiri daripada 129 orang ahli yang dipilih secara demokratik untuk tempoh empat tahun dan mereka dikenali sebagai Ahli Parlimen Scotland (MSP). Sidang pertama untuk Parlimen ini telah diadakan pada 12 Mei 1999.

Colin
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 6 2018

Gambar pilihan mingguan
Canary Wharf
Tiga pencakar langit tertinggi di Canary Wharf, kawasan perniagaan dan beli-belah yang besar di Boro London Tower Hamlets (London, England), seperti yang dilihat dari Medan Cabot: 8 Canada Square (kiri tengah), One Canada Square (tengah), Citigroup Centre (kanan tengah).

Diliff
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 7 2018

Gambar pilihan mingguan
Poster iklan Le Chat Noir Le Chat Noir (Sebutan bahasa Perancis: [lə ʃa nwaʁ]; bahasa Perancis untuk "Kucing Hitam") merupakan sebuah kelab malam hiburan atau dikenali sebagai kabaret yang dibina pada abad ke-19, di daerah Bohemia Montmartre di Paris. Ia telah dibuka pada 18 November 1881 di 84 Boulevard de Rochechouart oleh impresario Rodolphe Salis, dan ditutup pada tahun 1897 tidak lama selepas kematian Salis. Antara paling diingati mengenai Le Chat Noir kini adalah poster Théophile Steinlen yang dianggap ikonik.

Paris 16
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 8 2018

Gambar pilihan mingguan
Masjid Plumbum di Shkodër, Albania Masjid Plumbum (bahasa Albania: Xhamia e Plumbit), juga dikenali sebagai Masjid Buşatlı Mehmet Pasha merupakan sebuah masjid bersejarah di Shkodër, barat laut Albania. Terletak di atas sebuah tasik kecil, masjid ini telah dibina oleh pasha Albania, Mehmed Bushati daripada keluarga Bushati pada tahun 1773. Masjid ini dikenali sebagai "Masjid Plumbum" kerana kesemua kupolanya ditutupi oleh plumbum.

Tobias Klenze
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 9 2018

Gambar pilihan mingguan
Nanga Parbat Nanga Parbat (secara harfiah, Gunung Telanjang; Urdu: ننگا پربت‎ [nəŋɡaː pərbət̪]) ialah gunung kesembilan tertinggi di dunia pada 8,126 meter (26,660 ft) di atas permukaan laut. Ia adalah penambat barat Himalaya di sekitar di mana Sungai Indus menyempadani ke dataran Pakistan. Ia terletak di kawasan Gilgit-Baltistan di Pakistan dan bahasa tempatan di situ dikenali sebagai 'Deo Mir' ('mir' bermaksud 'gunung').

Tahsin Anwar Ali
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 10 2018

Gambar pilihan mingguan
Perani El Djem
Perani El Djem merupakan sebuah tapak arkeologi di bandar El Djem, Tunisia. Perani yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1979 ini telah dibina sekitar 238 M semasa bandar ini berada di bawah empayar Rom. Ia merupakan perani ketiga terbesar dan salah satu seni bina Rom yang dipelihara dengan baik.

Diego Delso
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 11 2018

Gambar pilihan mingguan
Kera bekantan Kera bekantan atau monyet belanda (Nasalis larvatus) merupakan spesies monyet yang mendiami pokok dan endemik di pulau Borneo. Spesies ini hidup di samping orang utan dan mudah dikenali kerana hidungnya yang begitu besar.

Charlesjsharp
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 12 2018

Gambar pilihan mingguan
Bilik Panjang Bilik Panjang merupakan ruang utama bagi perpustakaan lama Perpustakaan Kolej Triniti sepanjang 65 meter (213 kaki). Dibina sekitar 1712 dan 1723, ia menempatkan 200,000 buah buku lama. Bilik Panjang turut dihiasi dengan 14 buah patung marmar yang diperoleh oleh kolej dari pengukir terkenal Peter Scheemakers. Patung-patung tersebut merupakan individu-individu yang banyak menyokong kolej selain ahli falsafah dan penulis terkemuka termasuklah Jonathan Swift, yang dihasilkan oleh Louis François Roubiliac. Ia turut menempatkan salah satu salinan terakhir Pengisytiharan Republik Ireland 1916 yang masih wujud.

Diliff
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 13 2018

Gambar pilihan mingguan
Pintu masuk utama Istana Negara
Istana Negara ialah sebuah kompleks istana yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan istana negara yang lama di Jalan Istana sebagai tempat persemayaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November tahun yang sama. Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama bersemayam di istana ini pada 15 November 2011 manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 merupakan istiadat pertabalan pertama di istana ini.

Ahmad Rithauddin
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 14 2018

Gambar pilihan mingguan
Cakoi yang siap dimasak Cakoi (juga dikenali sebagai youtiao, churros goreng Cina dan donat Cina) merupakan doh berbentuk panjang yang digoreng dan berwarna perang keemasan apabila siap dimasak. Ia merupakan salah satu masakan masyarakat China serta turut popular di beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya.

Popo le Chien
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 15 2018

Gambar pilihan mingguan
Burung Rapang Pasir jantan Burung rapang pasir (Inggeris: Malaysian Plover; nama saintifik: Charadrius peronit) adalah sejenis burung randuk kecil (kira-kira 35–42 g) yang membina sarang di pantai dan dataran garam di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia. Sebesar 15 cm (5.9 in), burung rapang pasir jantan dan betina boleh dibezakan menerusi warna jalur nipis yang terdapat pada leher burung ini. Burung jantan mempunyai jalur nipis berwarna hitam, manakala betinanya pula mempunyai jalur berwarna perang. Kakinya pucat dan suara kecipannya halus.

JJ Harrison
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 16 2018

Gambar pilihan mingguan
Nebula Kepala Kuda Nebula Kepala Kuda (juga dikenali sebagai Barnard 33 dalam nebula cerah IC 434) adalah sebuah nebula gelap di buruj Belantik yang terletak berhampiran bintang Alnitak atau Sigma (ς) Orionis iaitu bintang terkiri dalam deretan Bintang Tiga Beradik. Jaraknya dianggarkan 1,500 tahun cahaya dari Bumi. Nebula ini mendapat namanya daripada bentuk gumpalan awan gas dan debu antara najam tebal lagi gelap yang menyekat sumber cahaya di belakangnya. Bentuknya yang seperti kepala kuda itu pertama kali dikesan pada 1888 oleh Williamina Fleming di atas plat fotograf B2312 yang diambil di balai cerap Kolej Harvard.

Ken Crawford
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 17 2018

Gambar pilihan mingguan
Suku Dayak dengan pakaian perang mereka Suku Dayak ialah kelompok asli terbesar dan tertua yang mendiami pulau Borneo. Istilah "Dayak" adalah umum kerana terdapat lebih daripada 400 subsuku Dayak yang mempunyai budaya, dialek, wilayah dan undang-undang adat yang tersendiri, walaupun ciri utama mereka dapat dikenal pasti. Ciri-ciri tersebut ialah rumah panjang, hasil pembuatan seperti tembikar, mandau dan sumpit beliong (kapak Dayak), mata pencarian (sistem perladangan) dan seni tari. Hari ini, suku bangsa Dayak terbahagi kepada enam rumpun besar, iaitu Kenyah-Kayan-Bahau, Ot Danum, Iban, Murut, Klemantan dan Punan. Suku Dayak mempercayai animisme, tetapi ramai juga yang telah memeluk agama Kristian dan Islam.

F. Boyle
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 18 2018

Gambar pilihan mingguan
Hafizh Syahrin (hadapan) semasa Grand Prix Catalonia 2015 Hafizh Syahrin Abdullah (lahir 5 Mei 1994) ialah seorang pelumba motosikal dari Malaysia. Beliau mula berkecimpung dalam bidang permotoran seawal sembilan tahun dalam pocket bikes dan pernah digelar "Raja Pocket Bikes". Pada 21 Februari 2018, Hafizh menjadi pelumba Islam dan dari Malaysia pertama yang berjaya bertanding dalam kategori MotoGP.

Alberto-g-rovi
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 19 2018

Gambar pilihan mingguan
Sirk Moul n'ga di Pergunungan Akakus Pergunungan Akakus atau Tadrart Akakus (bahasa Arab: تدرارت أكاكوس‎; ALA-LC: Tadrārt Akākūs) membentuk satu banjaran gunung di gurun daerah Ghat, barat Libya, yang merupakan sebahagian daripada Sahara. Ia terletak di timur bandar Ghat dan menjangkau utara dari sempadan dengan Algeria, kira-kira 100 kilometer (62 batu). Walaupun kawasan ini merupakan salah satu kawasan yang gersang di Sahara, ia mempunyai beberapa mata air dan telaga. Kawasan ini terkenal dengan seni batunya dan diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985 kerana kepentingan lukisan dan ukirannya. Lukisan-lukisan seawal 12,000 SM sehingga 100 M ini menggambarkan perubahan budaya dan semula jadi di situ.

Pir6mon
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 20 2018

Gambar pilihan mingguan
Jambatan Tiga Negara pada waktu malam Jambatan Tiga Negara (Jerman: Dreiländerbrücke, Perancis: La passerelle des Trois Pays) adalah sebuah jambatan lengkung yang menyeberangi Sungai Rhine di antara komun Huningue (Perancis) dan Weil am Rhein (Jerman), di dalam kawasan metropolitan Basel (Switzerland). Ia adalah jambatan tunggal terpanjang di dunia yang khusus didedikasikan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal. Panjang keseluruhannya adalah 248 meter dengan rentangan utamanya sepanjang 229.4 meter. Jambatan yang berada di antara tiga buah negara iaitu Perancis, Jerman dan Switzerland ini telah direka oleh arkitek Austria, Dietmar Feichtinger.

Taxiarchos228
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 21 2018

Gambar pilihan mingguan
Kunyit hidup dan serbuk Kunyit (Curcuma longa) adalah sejenis tumbuhan berbunga saka daripada keluarga halia, Zingiberaceae. Tumbuhan ini sering dijadikan sebagai rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain dari Asia Selatan. Selain untuk masakan, kunyit juga terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dan India kerana khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu, daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

Simon A. Eugster
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 22 2018

Gambar pilihan mingguan
Potret anumerta John F. Kennedy John Fitzgerald Kennedy atau John F. Kennedy (29 Mei 191722 November 1963), juga dikenali sebagai "Jack" atau dengan singkatan JFK, ialah Presiden Amerika Syarikat ke-35. Beliau menjadi presiden dari tahun 1961 sehingga pembunuhan beliau iaitu pada 22 November 1963, di Dallas, Texas. Beliau mati ditembak ketika menaiki kereta bersama John Connally, Gabenor Texas; menjadikan Kennedy presiden termuda di Amerika Syarikat yang mati semasa memegang jawatan.

Lukisan minyak atas kanvas oleh Aaron Shikler
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 23 2018

Gambar pilihan mingguan
Hiasan dalaman Masjid Nasir al-Mulk Masjid Nasir al-Mulk (bahasa Parsi: مسجد نصیر الملکMasjed-i Nasir al-Mulk) adalah sebuah masjid tradisional di Shiraz, Iran. Masjid ini telah dibina semasa era Qajar dan masih digunakan di bawah perlindungan oleh Yayasan Wakaf Nasir al Mulk. Ia telah dibina dari tahun 1876 sehingga 1888 atas arahan Mirza Hasan Ali (Nasir al-Mulk), pemerintah Qajar. Masjid ini mengandungi kaca berwarna yang luas di mukaannya, memaparkan unsur-unsur tradisional lain seperti reka bentuk Panj Kāse (lima lekuk). Dalam budaya popular, masjid ini digelar Masjid Merah Jambu kerana penggunaan jubin berwarna merah jambu yang banyak untuk reka bentuk dalamannya.

MohammadReza Domiri Ganji
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 24 2018

Gambar pilihan mingguan
Solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Delhi
Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha yang mana hukumnya adalah sunat muakkad. Pada kebiasaannya, solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha yang digalakkan untuk diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Nimitnigam
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 25 2018

Gambar pilihan mingguan
Sambutan Aidilfitri oleh Bahadur Shah II
Sebahagian daripada 12 lipatan yang menggambarkan perarakan oleh Bahadur Shah II iaitu mahajaraja Mughal terakhir ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 1843. Bahadur Shah II kelihatan duduk di atas gajah ketiga Bersama pewarisnya yang lain.

Sir Thomas Metcalfe, 4th Baronet
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 26 2018

Gambar pilihan mingguan
Tupai Terbang Ekor Merah Tupai Terbang Ekor Merah (Inggeris: "Javanese Flying Squirrel/Horsfield's Flying Squirrel" atau nama saintifiknya: Iomys horsfieldi) merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Tupai ini merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan di Malaysia. Tupai Terbang Ekor Merah adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai bulu di badan. Jantung Tupai Terbang Ekor Merah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

John Gerrard Keulemans
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 27 2018

Gambar pilihan mingguan
Jalan menuju kampung Nusfjord yang berlatarbelakangkan sebuah gunung besar dari pulau Flakstadøya.
Flakstadøya merupakan sebuah pulau di kepulauan Lofoten dalam kaunti Nordland, Norway. Ia terletak di perbandaran Flakstad dengan Vestfjorden di sebelah timur pulau itu dan Laut Norway di sebelah barat pulau itu. Pulau ini dihubungkan dengan pulau Moskenesøya (sebelah selatan dan barat) oleh Jambatan Kåkern dan Jambatan Fredvang. Ia dihubungkan dengan pulau Vestvågøya (sebelah timur laut]] melalui Terowong Nappstraum bawah laut. Lebuh raya laluan Eropah E10 melintasi pulau ini dan menghubungkan dengan pulau-pulau berdekatan yang lain.

Ximonic
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 28 2018

Gambar pilihan mingguan
Peta Moxon Peta Moxon merupakan sebuah peta dunia tahun 1681. Peta ini telah dihasilkan oleh Joseph Moxon (8 Ogos 1627 – Februari 1691), hidrografer kepada Charles II, merupakan seorang pencetak Inggeris yang mengkhususkan diri dalam buku matematik dan peta, pembuat glob dan instrumen matematik, serti ahli matematik. Beliau telah menghasilkan kamus bahasa Inggeris pertama khusus untuk matematik dan manual pengajaran terperinci yang pertama untuk pencetak. Pada November 1678, beliau telah menjadi ahli perniaga pertama yang dipilih sebagai Fellow of the Royal Society. Menerusi Peta Moxon, Maxon turut memaparkan ilustrasi gambaran tujuh hari penciptaan bumi di panel bahagian atas peta.

Cornell University: Persuasive Cartography, The PJ Mode Collection
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 29 2018

Gambar pilihan mingguan
Swafoto monyet Swafoto monyet merupakan siri gambar yang diambil sendiri oleh monyet hitam Sulawesi menggunakan peralatan milik jurugambar alam semulajadi, David Slater ketika beliau melawat Indonesia pada tahun 2008. Hasil daripada swafoto ini telah membangkitkan beberapa pertikaian hak cipta di antara Slater, Wikimedia Commons, blog Techdirt dan People for the Ethical Treatment of Animals. Pada 21 Ogos 2014, Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat memutuskan bahawa hak cipta gambar tersebut tidak boleh didaftarkan kerana ""hanya karya yang dicipta oleh seorang manusia boleh dilindungi hak cipta di bawah undang-undang Amerika Syarikat, yang tidak termasuk gambar dan karya seni yang dicipta oleh haiwan atau mesin tanpa intervensi manusia".

Pemotretan sendiri oleh monyet hitam Sulawesi
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 30 2018

Gambar pilihan mingguan
Hari Terakhir Pompeii
Hari Terakhir Pompeii (Inggeris: The Last Day of Pompeii) merupakan sebuah lukisan sejarah yang besar oleh Karl Bryullov pada tahun 1830–1833 mengenai subjek letusan Gunung Vesuvius pada 79 SM. Lukisan ini menerima pujian semasa pamerannya di Rom dan menjadikan ia sebagai kerja Briullov yang menerima banyak pujian berbanding kerja-kerjanya yang lain sepanjang hayatnya. Selain itu, lukisan ini juga menjadi hasil seni Rusia pertama yang mendapat perhatian luar selain ia menjadi inspirasi untuk sajak Alexander Pushkin dan novel Edward Bulwer-Lytton.

Google Cultural Institute
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 31 2018

Gambar pilihan mingguan
Tugu Negara
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) merupakan sebuah tugu setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada lebih 11 ribu orang perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Tugu yang telah direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon ini telah siap pada 8 Februari 1966 dan terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Sebelum tahun 2010, sambutan Hari Pahlawan yang jatuh pada 31 Julai setiap tahun akan berlangsung di sini sebelum sambutannya dipindahkan ke Putrajaya.

Fongky
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 32 2018

Gambar pilihan mingguan
Singapura
Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 mi) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia. Singapura secara rasminya mencapai kedaulatan pada 9 Ogos 1965.

Ahmad Rithauddin
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 33 2018

Gambar pilihan mingguan
Imej C/2014 Q2 yang dirakam pada 19 Januari 2015 C/2014 Q2 (Lovejoy) merupakan komet jangka panjang yang ditemui pada 17 Ogos 2014 oleh Terry Lovejoy dengan menggunakan teleskop Schmidt-Cassegrain sepanjang 0.2-meter (8 in). Ia telah ditemui di 15 magnitud ketara bujur selatan Kekota. Ia merupakan komet kelima yang ditemui oleh Lovejoy. Cahaya biru-hijau adalah hasil molekul organik dan air yang dikeluarkan oleh pembungkusan komet di bawah UV yang keras dan cahaya optik matahari ketika melewati ruang angkasa.

John Vermette
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 34 2018

Gambar pilihan mingguan
Muka bumi Makkah dari Stesen Angkasa Antarabangsa
Pada 23 September 2015, angkasawan Scott Kelly telah menghantar gambar Makkah yang diambil dari Stesen Angkasa Antarabangsa di laman media sosial Twitter. Kelihatan dalam gambar tersebut sturuktur berwarna putih iaitu Masjidil Haram berserta Kaabah dan menara jam Makkah.

NASA/Scott Kelly
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 35 2018

Gambar pilihan mingguan
Dataran Merdeka
Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak di pusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikkan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957.

Ahmad Rithauddin
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 36 2018

Gambar pilihan mingguan
Pemandangan panorama Tujuh Tasik Rila dari Gunung Ezeren
Tujuh Tasik Rila (Bahasa Bulgaria: Седемте рилски езера, atau Sedemte rilski ezera) merupakan sekumpulan tasik glasier yang terletak di Gunung Rila barat laut di Bulgaria. Tasik-tasik ini merupakan kumpulan tasik yang paling gemar dikunjungi di Bulgaria. Tasik terletak antara 2,100 dan 2,500 meter ketinggian di atas paras laut. Tujuh buah tasik tersebut adalah Salzata, Okoto, Babreka, Bliznaka, Trilistnika , Ribnoto Ezero dan Dolnoto Ezero.

Aski
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 37 2018

Gambar pilihan mingguan
Serangan 11 September 2001
Imej Manhattan pada 12 September 2001 yang diambil dari Landsat 7. Gambar menunjukkan kepulan asap meliputi sebahagian besar bandar tersebut selepas serangan 11 September 2001.

Landsat 7
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 38 2018

Gambar pilihan mingguan
Perjanjian Malaysia Perjanjian Malaysia atau Perjanjian yang berhubungan dengan Malaysia antara United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura ialah persetujuan yang menggabungkan Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura dengan negeri-negeri yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu, dengan kesatuan yang terhasil dinamakan Malaysia. Perjanjian ini telah dirangka pada 15 November 1961 sebelum ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London, United Kingdom dan dimeterai pada 31 Julai 1963 serta berkuatkuasa pada 16 September 1963.

Kerajaan UK, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 39 2018

Gambar pilihan mingguan
Kalidasa lanata Kalidasa lanata merupakan sejenis spesis serangga hemiptera dalam genus Kalidasa keluarga Fulgoridae yang ditemui di India Selatan. Ia memiliki tangkai bercabang yang ramping dan fleksibel di atas hujung muncung.

Jeevan Jose
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 40 2018

Gambar pilihan mingguan
Novel "At the Back of the North Wind" (edisi 1919) At the Back of the North Wind merupakan buku kanak-kanak yang ditulis oleh pengarang Scotland, George MacDonald. Ia telah diterbitkan secara bersiri menerusi majalah kanak-kanak, Good Words for the Young bermula pada tahun 1868 sebelum diterbitkan sebagai buku pada tahun 1871. Ia berkisarkan fantasi seorang budak lelaki bernama Diamond dan penjelajahannya bersama seorang wanita misteri bernama North Wind.

Internet Archive Book Images
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 41 2018

Gambar pilihan mingguan
Pont de la Margineda Pont de la Margineda merupakan sebuah jambatan yang terletak di Santa Coloma, Andorra la Vella Parish, Andorra. Ia adalah harta warisan yang didaftarkan di Warisan Budaya Andorra. Ia dibina pada abad ke-14 sehingga abad ke-15. Jambatan ini menyeberangi sungai yang dikenali sebagai Gran Valira. Batu gerbang adalah pumis, untuk menjadikan struktur ringan, dindingnya pula diperbuat daripada granit.

Diego Delso
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 42 2018

Gambar pilihan mingguan
Seorang lelaki tua suku kaun Bukitan di Sarawak Bukitan (juga dikenali sebagai Baketan) merupakan sebuah suku kaum minoriti yang tinggal di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Timur di Indonesia. Suku kaum ini telah ditemui di Bintulu, Sarawak dan jumlah mereka adalah tidak ramai disebabkan oleh perkahwinan campur dengan suku kaum yang lain serta mengamalkan amalan pertanian dan cara hidup masyarakat Iban.

Wellcome Collection
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 43 2018

Gambar pilihan mingguan
Mengkira Mengkira (bahasa Inggeris: Yellow-throated Marten; ) atau nama saintifiknya, Martes flavigula merupakan haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup yang bertulang belakang (vertebrat) dalam kelas mamalia. Ia boleh ditemui di Bangladesh, Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia, Laos, Cambodia dan Vietnam. Ia merupakan antara haiwan yang dilindungi di Malaysia di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Rushenb
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 44 2018

Gambar pilihan mingguan
Cirrus fibratus Cirrus fibratus merupakan sejenis awan sirus. Nama cirrus fibratus berasal dari Latin, yang bermaksud "berserabut" (Inggeris: fibrous).Awan-awan ini menyerupai cirrus uncinus, yang lebih dikenali dengan istilah "ekor kuda"; walau bagaimanapun, awan fibratus tidak mempunyai jambul atau cangkuk di hujungnya. Filamen-filamennya biasanya terpisah antara satu sama lain. Kelihatan seperti awan sirus, cirrus fibratus terjadi pada altitud tinggi. Mereka boleh menandakan arus udara panas menghampiri; namun, mereka juga boleh menjadi petunjuk bahawa cuaca yang baik akan mengikuti.

Ximonic
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 45 2018

Gambar pilihan mingguan
Janaki Mandir
Janaki Mandir (Bahasa Nepal: जानकी मन्दिर) merupakan sebuah kuil Hindu di Janakpur dalam wilayah Mithila, Nepal, yang didedikasi untuk dewa Hindu, Sita. Kuil ini merupakan salah satu contoh seni bina Hindu-Koiri Nepal. Dibina sepenuhnya dengan warna putih terang dan dibina di atas sebuah kawasan seluas 4,860 kaki persegi dengan gaya campuran kubah Mughal dan Koiri, kuil itu mempunyai ketinggian sebanyak 50 meter. Mempunyai sturuktur tiga tingkat, ia diperbuat sepenuhnya dari batu dan marmar. Kesemua 60 buah biliknya dihiasi dengan bendera Nepal, kaca berwarna, ukiran dan lukisan, dengan tingkap kekisi dan menari kecil yang cantik.

Adutta.np
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 46 2018

Gambar pilihan mingguan
Maharaja Jiaqing Maharaja Jiaqing (13 November 1760 – 2 September 1820), nama peribadi Yongyan, merupakan maharaja Manchu dinasti Qing ketujuh, dan maharaja Qing yang kelima memerintah China dari tahun 1796 to 1820. Baginda merupakan anak lelaki ke-15 Maharaja Qianlong. Semasa pemerintahan baginda, beliau telah menghukum salah seorang kegemaran ayahandannya, Heshen yang korup. Baginda juga cuba memulihkan ketenteraman dalam Empayar Qing dan mengekang penyeludupan candu ke China.

Annonymous Qing Dynasty Court Painter
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 47 2018

Gambar pilihan mingguan
Masjid Nabawi
Masjid al-Nabawi (bahasa Arab: المسجد النبويal-Masjid al-Nabawīy), disebut "Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.

Ahmed Medineli
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 48 2018

Gambar pilihan mingguan
Pertempuran Varna Sebahagian lukisan minyak (1879) tentang Pertempuran Varna yang terjadi pada 10 November 1444 berdekatan Varna di timur Bulgaria. Tentera Uthmaniyyah di bawah Sultan Murad II berjaya mengalahkan tentera bersekutu Hungary-Poland dan Wallachia yang diketuai oleh Władysław III dari Poland (juga Raja Hungary), John Hunyadi (bertindak sebagai komander tentera bersekutu Kristian) dan Mircea II dari Wallachia. Ia merupakan pertempuran terakhir dalam Perang Salib Varna.

Lukisan minyak: Jan Matejko
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 49 2018

Gambar pilihan mingguan
Bandar Raya Ho Chi Minh
Bandar Raya Ho Chi Minh, juga dikenali dengan nama lamanya Saigon, adalah sebuah bandar di Vietnam. Dengan populasi perbandaran lebih dari 8.4 juta, dan kawasan metropolitan sekitar 12 juta orang, bandar ini merupakan bandar terbesar di negara ini. Penempatan terawal di kawasan itu ialah kuil Funan, yang ditubuhkan pada abad ke-4 SM. Sebuah penempatan bernama Baigaur, sebahagian daripada Empayar Cham, ditubuhkan di tapak ini pada abad ke-11 dan dinamakan semula kepada Prey Nokor apabila empayar diserang oleh Orang Khmer. Raja Khmer mula mengizinkan penduduk Vietnam tinggal di bandar ini dari tahun 1623, dan menjadi kota Vietnam di bawah pimpinan Nguyễn Hữu Cảnh pada tahun 1698. Pada mulanya dipanggil Gia Dinh, kota Vietnam menjadi Saigon abad ke-18. Bandar ini adalah sebahagian daripada Empayar Perancis dari 1862 dan selepas Perang Dunia II menjadi ibu kota negara Vietnam Selatan. Bandar ini diambil alih oleh Vietnam Utara pada tahun 1975, satu peristiwa yang mengakhiri Perang Vietnam.

Gambar: Diego Delso
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 50 2018

Belum dicalonkan

cipta


Minggu 51 2018

Belum dicalonkan

cipta


Minggu 52 2018

Belum dicalonkan

cipta



Arkib gambar pilihan mengikut tahun
2006  • 2007  • 2008  • 2009 (Bulanan  • Mingguan)  • 2010  • 2011  • 2012  • 2013  • 2014  • 2015  • 20162017  • 2018
Pilihan tahun ini  • Pencalonan  • Singkir cache


Hari ini Selasa, 11 Disember, 2018; minggu ke-50; waktu sekarang 00:34 UTC